Kerjaya perguruan dikategorikan sebagai salah satu profesion yang tertua di dunia. Kini ianya telah memasuki satu dimensi baru.Pada masa dahulu guru hanya dikenali sebagai penyampai ilmu pengetahuan dalam mata pelajaran dalam bidang tertentu. Kini guru bukan sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan. Tanggung jawab guru diluaskan lagi sebagai pemudah cara pengetahuan dan harus mempunyai persediaan yang cukup untuk membentuk dan mewujudkan kondisi pelajaran dan pembelajaran secara cekap dan efektif.

Dari tahun 2000 – 2012, sudah lebih daripada 500,000 rakyat Malaysia memohon untuk menduduki kursus perguruan terutamanya dalam KPLI, DPLI dan ISMP dengan purata 50,000 permohonan setiap tahun. Angka ini akan sentiasa meningkat pada setiap tahun.

Kerjaya dalam bidang perguruan ini mempunyai cabaran yang besar. Sebelum bergelar guru, banyak aspek yang perlu diberi perhatian, misalnya dari segi kelayakan akademik dan ujian kemasukan yang perlu dihadapinya iaitu ujian dan temuduga Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI). Kebanyakan guru berjaya melepasi ujian bertulis yang diadakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPTM) dengan kerjasama Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) namun ramai yang tidak berjaya melepasi ujian temuduga yang diadakan.

 

Persoalan Yang Sering Timbul Dalam Memulakan Kerjaya Perguruan…

  • Adakah anda sudah bersedia untuk menghadapi ujian MEdSI?
  • Sudahkah anda mendapatkan panduan MEdSI yang menepati kehendak KPTM?
  • Sudahkah anda membuat kaji selidik berkaitan dengan soalan ujian MEdSI yang bakal keluar?
  • Apakah kesilapan yang sering dilakukan oleh calon guru ketika temuduga MEdSI diadakan?

Apakah sebabnya kebanyakan calon-calon guru mengalami kegagalan dalam temuduga ini?

Baru-baru ini rakan saya, Cikgu Ikhwan ada membuat kajian berkaitan dengan masalah ini. Dalam kajian yang dijalankan, terdapat 15 kajian kes kegagalan calon KPLI, DPLI dan ISMP sepanjang temuduga pendidikan dijalankan. Berikut adalah 3 kesilapan utama yang sering dilakukan oleh calon guru sepanjang proses temuduga dijalankan.

1. Tidak menguasai Bahasa Melayu dengan sepenuhnya.

Sebagai seorang guru, menguasai Bahasa Melayu adalah satu kemestian kerana ia adalah bahasa rasmi dan bahasa pengantar untuk setiap sekolah di Malaysia.

 

2. Tidak menguasai Bahasa Inggeris dengan baik.

Walaupun Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi sekolah, anda harus mempunyai kredibiliti untuk berbahasa Inggeris sebagai satu kelebihan dan contoh kepada pelajar.

 

3. Tidak yakin untuk memberikan pendapat dan jawapan.

Keyakinan merupakan salah satu syarat untuk seorang guru berkomunikasi dengan pelajar ketika sesi pembelajaran diadakan. Anda harus memiliki keyakinan sebagai salah satu persediaan untuk menjadi guru. Tanpa keyakinan komunikasi takkan berkesan.

Untuk pengetahuan anda, ada lagi 12 lagi sebab kegagalan yang dikenal pasti. anda boleh dapatkannya senarai lengkap di laman http://panduandpli.com

 

Bagi sesiapa yang belum mengenali Cikgu Ikhwan, beliau merupakan salah seorang tenaga pengajar di sebuah institusi kemahiran swasta yang berpengalaman di dalam bidang pendidikan. Beliau perguruan telah menghasilkan beberapa artikel pendidikan sebagai satu sumbangan di dalam mendidik rakyat Malaysia mengenai kepentingan pendidikan. Bukti kesungguhan beliau telah dibuktikan lagi dengan terbitnya sebuah panduan untuk calon guru DPLI yang bertajuk “Panduan DPLI : Tips Peperiksaan dan Temuduga MEdSI”.

Anda boleh dapatkan Peluang Kerjaya Perguruan di Malaysia secara PERCUMA di sini :
http://panduandpli.com

 
Sumber: www.Tarmizi.My

Anda boleh dapatkan Peluang Kerjaya Perguruan di Malaysia secara PERCUMA di sini :
http://panduandpli.com